pilih berbilang objek
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada helaian, termasuk imej (foto), kotak teks, bentuk, jadual dan carta. Untuk memilih berbilang objek, lakukan salah satu daripada berikut:
Tekan dan tahan kekunci Shift semasa anda mengklik objek.
Tekan dan tahan kekunci Command semasa anda mengklik objek.
Klik dan tahan kawasan kosong helaian, kemudian seret kotak yang kelihatan di sekeliling objek yang anda mahu pilih.
Nota: Jika anda bekerja dengan objek sebaris, anda hanya boleh memilih dan mengedit satu objek pada satu masa.